Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Tuesday 30 June 2009

MINGGU 1 ( NOTA TAMBAHAN )

KONSEP PENILAIAN

  • Menurut konteks pendidikan - Suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi & aktiviti p&p, untuk membuat analisis & keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Prosedur penilaian
  1. Peringkat persediaan ujian
  2. Peringkat pentadbiran ujian
  3. Peringkat penerimaan & pengukuran
  4. Peringkat interpretasi & tindakan

TUJUAN PENGUJIAN
  • Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.
  • Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran tertentu.
  • Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.
  • Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.
  • Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.
TUJUAN PENTAKSIRAN
  • Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
  • Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
  • Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
  • Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.
  • Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.
  • Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenan untuk tujuan tertentu.

TUJUAN PENILAIAN
  • Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat pentafsiran dan tindakan yang sewajarnya.
  • Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
  • Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.
  • Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
  • Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak berkenaan.
  • Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.



* NOTA INI SEPATUTNYA DALAM MINGGU 1, TAPI LUPA NAK MASUKKAN (^-^)

0 comments:

BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers