Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Thursday 16 July 2009

MINGGU 3

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KOGNITIF

TAKSONOMI
• Kajian tentang prinsip, peraturan & amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan & perbezaan sifat organisma itu. [ Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ) ].
• Digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
• Berkaitan dengan objektif-objektif yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

DOMAIN
• Domain Kognitif - Melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
• Domain Afektif – Melibatkan perkembangan sikap & nilai pelajar.
• Domain Psikomotor – Melibatkan perkembangan kemahiran pelajar.

TAKSONOMI BLOOM
• Menitikberatkan aspek kognitif / pengetahuan.
• Bercorak hierarki ( tahap rendah ke tahap lebih tinggi ).
• Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
• Terbahagi kepada enam aras :
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

ARAS PENGETAHUAN
 Uji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas iatilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat & nama yang telah dipelajari.
 Jenis: Namakan, Berikan, Nyatakan, Senaraikan, Siapa, Apa, Bila, Mana dan sebagainya.

ARAS PEMAHAMAN
 Uji kebolehan calon menterjemah, memahami & menginterpretasikan(mentafsir) fakta asas, konsep, prinsip / bahan yang telah dipelajari.
 Memahami, menjangka kemungkinan, menjelaskan.
 Jenis : Terangkan, Huraikan, Ringkaskan, Nyatakan, Tukarkan, Tuliskan, Jelaskan dan sebagainya.
 Objektif Am : Supaya pelajar berupaya menterjemah, menjelaskan, mentelaah, memahami.
 Objektif Spesifik :
- Menjelaskan, menerangkan, menuliskan.
- Aras penterjemahan : Isi kepada huraian
- Contoh soalan : Apakah tujuan Kempen Anti Dadah dijalankan?

ARAS APLIKASI
 Uji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip & kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
 Jenis: Bagaimana, Selesaikan, Carikan, Kirakan, Gunakan, Huraikan dan sebagainya.
 Objektif Am : Menggunakan, Menyelesaikan, Menunjukkan.
 Contoh : Berikan 3 contoh penggunaan tusa di rumah kamu? ( Aplikasi )
 Menekankan kebolehan gunakan kaedah, hukum, prinsip & teori.



ARAS ANALISIS
 Uji kebolehan calon buat perbandingan & menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan & perhubungan.
 Menaakul sebab / cari sebab & musabab ( akibat ).
 Meleraikan suatu komunikasi kepada beberapa bahagian/ memisahkan sesuatu tajuk kepada beberapa bahagian.
 Objektif Am : Menjelaskan, menaakul, mencerakinkan, menilai kerelevanan data.
 Objektif Spesifik : Mencerakikan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur & organsisasi.

ARAS SINTESIS
 Uji kebolehan calon mencantumkan, menggabung & mengintergrasikan fakta-fakta / idea-idea yang berkaitan.
 Bertujuan untuk membentuk sesuatu yang baharu.
 Objektif Am : Menulis karangan, mencadangkan suatu pandangan , menghasilkan karya.
 Objektif Spesifik : Menggabungkan, mengubah / mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.
 Contoh :
 Mencadangkan – Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
 Mencipta – Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan…

ARAS PENILAIAN
 Uji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat sesuatu pernyataan.
 Bertujuan membuat penilaian & pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.
 Jenis : Sejauh mana, Nilaikan, Apakah pendapat anda
 Objektif Am : Menimbangkan nilai, ketekalan & kecukupan data.
 Objektif Spesifik : Menilai, Membuat pertimbangan.
 Contoh : Pada pendapat kamu, ujian yang manakan lebih sesuai untuk penilaian pendidikan, ujian lisan atau ujian bertulis.


DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL ( 1964 )

 Disusun mengikut 5 peringkat :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan

 Peringkat ini merangkumi bidang perasaan, emosi, sikap & nilai.

PENERIMAAN
 Keinginan & kesanggupan menerima
 Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan / pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.
 Kesedaran
 Faktor estetik-reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.
 Perhatian terkawal
 Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan. Seperti menghayati orang mendeklamasikan sajak.


 Objektif Am :
 Mendengar dengan berhati-hati
 Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
 Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
 Menerima perbezaan keturunan & kebudayaan.
 Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.

 Hasil Pembelajaran spesifik:
 Menyoal
 Memilih
 Menghuraikan
 Mengikut
 Mengenal pasti
 Menerima
 Menggunakan

BERTINDAK BALAS
 Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara / ransangan.
 Mengambil bahagian secara aktif.
 Pelajar membuat perhatian & memberi tindak balas .
 3 kategori :
1. Persetujuan membalas .
- Kemahuan & kesediaan mematuhi peraturan sekolah. Kesediaan bekerjasama dengan orang lain.
2. Kesediaan membalas.
- Sukarela belajar
3. Kepuasan.
- Merasa suka & senang ketika melakukan sesuatu aktiviti.
 Objektif Am : Melengkapkan kerja rumah, mengambil bahagian dalam perbincangan kelas, seronok membantu rakan dan melakukan tugas sukarela.
 Objektif Spesifik : Murid boleh menulis isi pelajaran, murid diminta menjawab soalan & murid boleh melafazkan sesuatu.

PENILAIAN
 Secara konkrit / abstrak
 Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan terhadap sesuatu benda/tingkah laku
 Berdasarkan penghayatan ( satu set nilai spesifik ).
 3 kategori :
1. Penerimaan
- Murid ingin melakukan sesuatu yang baik.
- Keinginan untuk menguasai penulisan esei yang bernas.
2. Pilihan
- Usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih
3. Penglibatan
- Melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan
- Mematuhi arahan ketua kelas.
- Objektif Am : - Murid mampu menghargai karya orang lain & menunjukkan sikap menyelesaikan maslah.
- Objektif Spesifik – Dapat berbincang dengan rakan-rakan & dapat melaporkan, mencadangkan nilai-nilai murni.

0 comments:

BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers