Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Wednesday 30 September 2009

MINGGU 5

JENIS PENILAIAN BAHASA

Penilaian Formatif

  • digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
  • dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.
  • sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.
  • dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
  • boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

· Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

  • menentukan tajuk pengajaran
  • menentukan aspek penguasaan
  • menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
  • membina soalan ujian
  • mencadangkan tindakan susulan


Penilaian Sumatif

  • menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus.
  • dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
  • Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dalam kalangan pelajar.
  • Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian:
  1. membentuk jadual penentu ujian
  2. membina soalan
  3. mengumpul soalan secara sistematik
  4. menguji soalan melalui kajian rintis
  5. menyiapkan skema pemarkahan


Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

  • Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin mereka ceburi.

  • Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.




Penilaian Alternatif

  • Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
  • Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.
  • Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar.


Ujian Bakat

  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menilai prestasi seorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.


Ujian Pencapaian

  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya adalah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberi untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.





BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers