Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Tuesday 30 June 2009

MINGGU 1 ( NOTA TAMBAHAN )

KONSEP PENILAIAN

  • Menurut konteks pendidikan - Suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi & aktiviti p&p, untuk membuat analisis & keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Prosedur penilaian
  1. Peringkat persediaan ujian
  2. Peringkat pentadbiran ujian
  3. Peringkat penerimaan & pengukuran
  4. Peringkat interpretasi & tindakan

TUJUAN PENGUJIAN
  • Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.
  • Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran tertentu.
  • Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.
  • Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.
  • Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.
TUJUAN PENTAKSIRAN
  • Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
  • Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
  • Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
  • Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.
  • Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.
  • Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenan untuk tujuan tertentu.

TUJUAN PENILAIAN
  • Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat pentafsiran dan tindakan yang sewajarnya.
  • Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
  • Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.
  • Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
  • Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak berkenaan.
  • Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.



* NOTA INI SEPATUTNYA DALAM MINGGU 1, TAPI LUPA NAK MASUKKAN (^-^)

MINGGU 2

30 JUN 2009
TAKSONOMI

  • kajian tentang prinsip, peraturan & amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan & perbezaan sifat organisma itu. [ KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT ( 2005 ) ].
  • Digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Berkaitan dengan objektif-objektif yang melibatkan bidang-bidang seperti kognitif, afektif & psikomotor.
DOMAIN
  • Domain kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
  • Domain afektif - melibatkan perkembangan sikap & nilai pelajar.
  • Domain psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran pelajar.
TAKSONOMI BLOOM
  • Mementingkan domain kognitif.
  • Fakta, teori , hukum.
  • Tujuan : Membina pemikiran, pemahaman pelajar.
  • Pelajar lebih faham dan kreatif.
  • Terdapat 6 peringkat :
  1. Pengetahuan
  2. Pemahaman
  3. Aplikasi
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

Monday 29 June 2009

HASIL TUGASAN

Aspek &

Perbezaan

Pengujian

Pentaksiran

Penilaian

Pengertian

Proses menentukan perubahan tingkah laku.

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.

Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan

Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.

Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.

Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.

Kegunaan

Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.

Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.

Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.

Bentuk

Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.

Ujian bertulis dengan markah dan gred.

Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.

Selepas beberapa pelajaran.

Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses pelaksanaan

1. Persediaan ujian

2. Pentadbiran

3. Pemeriksaan.

1. Proses pengujian

2. Merekod markah atau gred

1. Proses pengukuran

2. Proses penganalisisan

3. Proses interprestasi

4. Melapor

5. Tindakan

Saturday 27 June 2009

MINGGU 1

23/06/2009

KONSEP PENTAKSIRAN

  • Menurut Mokhtar Ismail - Langkah untuk membentuk tahap sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
  • Tahap, status & nilai.
  • Proses nilai kuantitafif
  • Merangkumi skala ordinal & skala selang.
  • Menentukan kedudukan & pencapaian murid.

KONSEP PENGUJIAN

Ujian - bahan untuk menguji.

Pengujian - proses

  • Cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang ( murid ).
  • Tujuan - untuk mengesan penguasaan kemajuan & pencapaian dalam pelajaran.
  • Alat untuk mengukur - Kognitif ( struktur bahasa lisan )

- Psikomotor ( perubahan tingkah laku )

- Afektif ( pencapaian nilai-nilai )

  • Penilaian pencapaian pada tahap eksplisit ( merangkumi lisan, membaca dan menulis ).
  • Tiga peringkat :
  1. Persediaan
  2. Pelaksanaan
  3. Penyemakan

SOALAN TUGASAN

Bezakan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses.

BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers