KONSEP PENILAIAN
- Menurut konteks pendidikan - Suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi & aktiviti p&p, untuk membuat analisis & keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.
- Prosedur penilaian
- Peringkat persediaan ujian
- Peringkat pentadbiran ujian
- Peringkat penerimaan & pengukuran
- Peringkat interpretasi & tindakan
TUJUAN PENGUJIAN
- Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.
- Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran tertentu.
- Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.
- Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.
- Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.
- Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
- Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
- Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
- Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.
- Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.
- Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenan untuk tujuan tertentu.
TUJUAN PENILAIAN
- Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat pentafsiran dan tindakan yang sewajarnya.
- Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
- Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.
- Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
- Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak berkenaan.
- Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.
* NOTA INI SEPATUTNYA DALAM MINGGU 1, TAPI LUPA NAK MASUKKAN (^-^)