Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan
•Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
•Dijalankan secara formal.
•Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a)pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b)meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
•Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
•Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
Debat
Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
·Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
Pidato
•Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
•Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
•Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
Pantun
•Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
•Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
•Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
•Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
•Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
•Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
•Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
Sajak
•Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
•Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
•Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
•Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
Peringkat / Langkah Kemahiran
1)Persediaan
·Memahami tajuk dan kehendak soalan
·Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
·Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
·Menulis perenggan pendahuluan
·Mengembangkan isi-isi secara tersusun
·Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek Pertuturan
a)Sebutan
murid-muridtelah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan,rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-muridsupaya dapat menyebut sesuatudengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan padatempat-tempattertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkanayat sahaja seperti dalam sajak.
c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
e) Laras bahasa
kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkanperkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.
j) Kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi
Faktor Mempengaruhi Pertuturan
Kecerdasan– kemampuan menghasilkan bahasa
Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
Fizikal– alat artikulasi
Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
Umur– kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut.Kematangan alat artikulasi.
Kemahiran (Menulis)
Konsep
Penilaian secara penulisan melibatkan aktivitimenyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti :
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir
Menilai
PERLU DIINGAT
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item
Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
Bentuk Item Subjektif
Mengesan Serta Merta
•Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
•Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
•Merekod & Melapor :
- Perlu direkod
- Dilaporkan jika perlu
•Bagaimana ?
- Dirancang jika perlu
- Individu @ kumpulan
- Tiada instrumen khusus
•Tindakan Susulan :
•Perlu tindakan serta-merta seperti;
- Bimbingan
- Teguran
- Nasihat
- Pujian
Mengesan Kemajuan
Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
•Bagaimana?
- Perlu dirancang
- Individu @ kumpulan
- Gunakan instrumen seperti :
*lembaran kerja
* Ujian bertulis
•Merekod & Melapor
- Perlu direkod
- Dilaporkan jika perlu
•Tindakan Susulan
- Perlu tindakan susulan
•Contoh :
-menilai laporan bertulis
- Menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif
Mengesan Pencapaian
•Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
•Bagaimana?
- Perlu dirancang
- Secara individu
- Gunakan ujian bertulis
•Tindakan susulan
- Harus diambil jika perlu
•Contoh :
- Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
•Merekod & melapor
- Perlu direkod
- Perlu dilapor
Kemahiran ( Membaca)
·Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untukmemudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :
·SQ3R,1H+5W, SKIMMING, SCANNING,KWLH dll.
·‘Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984)
·‘Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind’ (WALTER1985)
·Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbolatau tulisan yang dilihat.
·Membaca dengan tidak memahami apa yang dilihat atau disebut bukanlah membaca. Ia hanya sekadar melihat atau menyebut simbol-simbol
Tujuan Pembacaan
·Mengetahui isi-isi penting.
·Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
·Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.
Cara Gaya Pembacaan
·Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
·Persediaan yang cukup.
·Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
·Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.
Peringkat Bacaan
•Kesediaan Membaca
•Prabacaan
•Membaca secara mekanis
•Membaca secara mentalis
•Bacaan Intensif
•Bacaan Ekstensif
Aspek-Aspek Berkaitan Kemahiran Membaca
Kadar kelajuan
Pergerakan mata
Mengenal pasti struktur ayat
Membaca secara kuat
Membaca secara aktif
Menunjuk
Motivasi
Gerak hati atau jangkaan
Keadaan fizikal
Peringkat-Peringkat Pemahaman
Peringkat Lateral
¡Pengetahuan dan pemahaman murid
¡Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
Interpretasi
¡Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
¡Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
¡Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
Inferens
¡Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
¡Menentukan sebab dan akibat
Menilai
¡Peringkat analisis dan sintesis
¡Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
¡Mampu membezakan yang baik dan buruk.
¡Mempunyai pendapat tersendiri.
Teknik SQ3R
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
S – Survey (Kaji)
- Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
qQ – Question (Soal)
- Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
qR – Read (Baca)
- Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
S - SURVEY
1.Sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya, maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca buku itu.
2.Sekiranya anda dapat berfikir sebegini, MINDA AKAN LEBIH FOKUS sebenarnya.
Tips penting :
a. Perhatikan sebarang huruf yang besar/yang
dihitamkan/digariskan. Merupakan petunjuk
bahawa ia adalah penting. Jika diabaikan,
mungkin akan tertinggal isi penting dan tidak
dapat memahami apa yang cuba disampaikan.
b. Perhatikan – gambar/ilustrasi mengenai bab
yang akan dibaca. Ianya sangat membantu
dalam memahami bab tersebut.
c. Teka – apa yang akan anda baca sebentar lagi.
d.Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir
bab.
Q – QUESTION (SOAL)
1.Ada satu perkara ajaib mengenai soalan, soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu.
2.Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
3.Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus.
4.Soalan membuat anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah menjumpainya.
5.Soalan sebenarnya meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri kita.
R – READ (BACA)
1.Membaca ada kaitan dengan berfikir.
2.Semasa membaca, anda perlu berfikir – ingat langkah-langkah dalam S dan Q tadi.
3.Aktifkan minda semasa membaca, cari jawapan kepada soalan yang anda fikirkan.
4.Apabila anda aktif berfikir semasa membaca, anda akan menumpukan sepenuh perhatian, dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat.
5.Apabila terjumpa dengan jawapan kepada soalan yang anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat.
6.Tips penting :
a.Tuliskan soalan di atas kertas dan letakkan kertas di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
b.Jangan risau sekiranya anda rasa sukar, janggal atau tidak selesa pada permulaannya, merupakan perkara biasa. Teruskan menggunakan teknik ini, anda akan biasa, selesa dan seronok akhirnya.
R – RECITE (LAFAZKAN SEMULA)
1.Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
2.Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut.
3.Jika tak ingat jangan teruskan membaca, semak semula.
4.Setelah yakin dan faham, serta dapat menjawab soalan tersebut teruskan membaca bab yang seterusnya.
R – REVIEW (ULANG)
1.Setelah habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan dalam minda anda. Jika rasa tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat berkenaan dan cari semula maklumat tersebut.
2.Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, bayangkan anda melihat tayangan gambar penerangan itu dari awal hingga akhir.
3.Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan.
4.Akhir sekali, tuliskan semula di atas kertas apa yang telah anda dapat atau ingat dari pembacaan anda tadi.
Kelebihan Teknik SQ3R
Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe.
MINGGU = INTERAKSI