Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Tuesday, 21 July 2009

MINGGU 4

PEMBINAAN UJIAN

  • Objektif
  • Subjektif

Objektif

  • Ketelusan & ketepatan
  • Merupakan respon item bebas
  • Pilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang disediakan
  • Mempunyai pokok soalan ( kata kunci ) & beberapa pilihan jawapan

JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF

Item Betul-Salah

-mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja : betul ( B ) /salah ( S ), Setuju ( S ) / tidak setuju ( TS ) atau ya ( Y ) / tidak ( T )

-melibatkan penerimaan / penafian. Contoh : Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.
( Ya / Tidak )

Item Padanan

- Mengandungi dua kumpulan objek / perkara yang berkaitan.
- Pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek/perkara di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

Item Aneka Pilihan

- Golongan item tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas.
- Contoh : Item aneka pilihan berbentuk soalan
1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah merupakan ayat permintaan?
A) Pergi kau dari sini!
B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.
C) Silalah datang ke sini selalu
D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.

- Pokok soalan boleh berbentuk ayat tidak lengka ( Contoh : Isi tempat kosong ) dan boleh berbentuk kenyataan dengan beberapa pilihan jawapan.
- Harus mempunyai soalan yang jelas & pengganggu
- Pokok soalan ayat tidak lengkap : Dia berusaha____________syair yang ditulisnya.
- Banyak jenis cantuman, urutan
- Jenis soalan pengelasan : Mengandungi 2 objek yang berkaitan.

Panduan Pembinaan Ujian Objektif

1. Pokok Soalan
- Bahasa mudah
- Ayat mudah difahami
- Kurangnya soalan berbentuk negatif. Contoh : Tidak benar, Kecuali, Bukan..
- Gambarajah & carta mestilah disertakan dengan soalan berkaitan.

2. Pilihan jawapan hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.
A ) Jawapan pendek -----> D ) Jawapan panjang
- Sekiranya jawapan menggunakan huruf, hendaklah menggunakan huruf kesemuanya.
- Elakkan ulangan perkataan
- Perlu ada pengganggu soalan
- Elakkan jawapan " Tiada jawapan" / " Semua di atas "

3. Struktur item/jawapan
- Guna roman / nombor biasa

4. Bahan rangsangan

KELEBIHAN OBJEKTIF
  1. Mudah - membina soalan & untuk memeriksa
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan - boleh ditadbir & masa menjawab yang mencukupi
  3. Menguji banyak topik
  4. Ada ujian diagnostik
  5. Mudah ditafsir

KELEMAHAN
  1. Tidak dapat beri hujah yang bernas
  2. Menggalakkkan tekaan
  3. Sukar dibina
  4. Tidak dapat mengukur tahap kebolehan pelajar


JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
  • Struktur ( Terhad )
  • Esei ( Lanjutan )
- Soalan jenis tindakbalas terhad
* memerlukan jawapan terhad
- Jawapan pendek
- Markah terhad
-Calon boleh tulis jawapan 1 ayat, 1 frasa / 1 pernyataan
- Soalan jenis tindak balas lanjutan ( esei )

PANDUAN PEMBINAAN SUBJEKTIF
  1. Bentuk JSU
  2. Guru gubal soalan : Berbentuk esei atau struktur
  3. Tugas soalan hendaklah lengkap & jelas
  4. Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
  5. Guna perkataan seperti bandingkan, nilaikan, terangkan & jelaskan
  6. Bilangan soalan yang berpatutan : mempunyai ciri kebolehtadbiran
  7. Sediakan skema pemarkahan
  8. Cara memeriksa ialah Holistik & Analitik

KELEBIHAN SUBJEKTIF
  1. Mudah digubal
  2. Sangat sesuai untuk semua mata palajaran
  3. Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
  4. Boleh menggalakkan calon menganalisis & mengintergrasikan idea-idea yang diperolehi
  5. Mengurangkan konsep meneka

KELEMAHAN SUBJEKTIF
  1. Bidang yang diuji terhad
  2. Boleh diramal
  3. Mengujur pengetahuan pelaja dalam satu bidang sahaja.
  4. Pemeriksaan mengambil masa yang panjang.


* Jumpa lagi di minggu ke-5 (^_^)

Saturday, 18 July 2009

MINGGU 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )

¢ Definisi : Jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya, iaitu konstruk ( binaan/kemahiran-kemahiran/tajuk-tajuk) yang ditaksir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks & taburan aras kesukaran.

¢ Ciri-ciri

ü Merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi iaitu paksi menegak ( paksi kandungan ) & paksi melintang ( paksi kemahiran ).

ü Bilangan item / soalan dinyatakan di petak JSU mengikut aras yang ditetapkan

ü Topik-topik pelajaran

¢ Ciri-ciri :

ü Aras kemahiran mengikut taksonomi objektif pendidikan.

ü Ada pemberatan % kemahiran.

ü Bentuk ujian : Objektif, Esei, Struktur

ü Bilangan item ikut bentuk

ü Ada aras kesukaran / kepayahan.

KEPENTINGAN

¢ Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

¢ Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

¢ Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

¢ Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

¢ Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

¢ Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

¢ Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

¢ Memberi panduan untuk membentuk soalan

¢ Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

Langkah-Langkah Membina JSU

  • Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

BIL

Tajuk-tajuk Pengajaran & Pembelajaran

Masa Belajar

1.1

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Asal usul BM, BM sebelum & selepas merdeka

5

1.2

Linguistik BM

Pengenalan linguistik

  • Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif

15

Jadual 2 : Senarai Tajuk dan Masa Belajar

¢ Langkah 2

q Tentukan soalan yang akan dibina itu.

  1. Soalan objektif ( 30 soalan )
  2. 1 markah bagi 1 item
  3. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira

= Jumlah Masa X Jumlah soalan

Jum masa keseluruhan

¢ Langkah 3

q Tentukan model aras kesukaran item

q Biasanya menggunakan taksonomi Bloom.

¢ Langkah 4

q Apakah jenis ujian yang akan diuji

ü Ujian objektif

ü Ujian struktur

ü Ujian esei

ü Dan lain-lain

¢ Langkah 5

q Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen ( objektif, struktur, esei dan lain-lain )

q Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan sukar )

q Pemarkahan

¢ Langkah 6

q Menyatakan mata pelajaran

q Tingkatan

q Susunan nombor mengikut tajuk.

Langkah Pembinaan Item Ujian

¢ Menyediakan JSU

q Kaji, analisis objektif pengajaran, tentukan jenis soalan dan tentukan bilangan soalan.

q Tujuan utama : item-item yang dibina mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran bermula.

q Ia dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran / sikap yang ingin diterapkan kepada pelajar.

¢ Menulis Item Ujian

q Contoh : item beraneka pilihan ( multiple-choice item ), item mengisi tempat kosong ( fill-in-the-blank item ), item berjawapan pendek ( short-answer item ), item betul salah ( true-false item ), item padanan ( matching item )/ item esei ( essay item ).

Prinsip

¢ Arahan haruslah jelas dan mudah difahami

- Guna bahasa yang mudah dan jelas

- Bina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran spesifik

- Arahan meminta jawapan “ Tidak Benar “ hendaklah jelas seperti menebal hitamkan huruf tersebut.

- Nyatakan unit & tepat kepada dua titik perpuluhan bagi item yang berkaitan pengiraan & lukisan.

¢ Menyemak Item Ujian.

v Semakan perlu dibuat terhadap :

q Arahan menjawab setiap item & soalan adalah tepat dan mudah

q Tulis soalan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar & mengandungi maklumat / kehendak soalan yang jelas serta mencukupi.

q Kandungan soalan seimbang

q Soalan jenis objek tidak mengandungi clue kepada jawapan yang dikehendaki.

¢ Menilai Item Ujian

v Dinilai oleh pakar mata pelajaran. Antara aspek yang dinilai :

q Arahan dan bahasa yang digunakan

q Soalan dan kehendak soalan yang jelas dan mudah

q Soalan yang dibina adalah seimbang

q Jawapan yang diberikan oleh penulis mengikut kehendak soalan & boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

¢ Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

v Kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.

v Ia dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.

v Bertujuan tentukan :

q Arahan dan bahasa yang digunakan dapat difahami oleh pelajar.

q Tidak ada kesilapan ejaan / istilah yang digunakan.

q Soalan yang diberi adalah mengikut kandungan pelajaran yang diajar oleh guru.

q Pelajar dapat menjawab soalan dengan masa yang diperuntukkan.

INDEKS KESUKARAN ( I.K )

q Tentukan item soalan sama ada terlalu sukar, sederhana / terlalu mudah

q Digunakan di pra – ujian

q Nilai pengiraan

Bilangan calon yang menjawab betul = B

Jumlah calon yang menduduki J

Indeks kesukaran besar

IK = BT + BR

J

BT = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab soalan dengan betul

BR = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab soalan dengan betul


* Sebenarnya tajuk ini adalah tajuk minggu ketiga manakala tajuk TAKSONOMI adalah tajuk minggu kedua. Maaf di atas kesilapan minggu..(^_^)

BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers