Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Thursday, 1 October 2009

MINGGU 11

Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Definisi

Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.

Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN

  1. KOMPETENSI ASAS
  2. INDIKATOR
  3. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Kegiatan Awal

Kegiatan Inti

Kegiatan Akhir

  1. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
  2. PENILAIAN

i.KOMPETENSI ASAS

1. PKN

1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR

• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah

• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun

• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

  1. KEGIATAN AWAL

1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi

B. KEGIATAN Inti

1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
4. Membuat kalimat Tanya dengan betul

  1. KEGIATAN AKHIR

1. Siswa melaksanakan tugas portofolio

iv. METODE, SUMBER, MEDIA

a) METODE

1. Soal Jawab
2. permainan bahasa

b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)

c) MEDIA
1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata

v. PENILAIAN

  1. Lisan
  2. Bertulis
  3. Perbuatan
  4. Portfolio

Ciri-Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran

1) KAEDAH JIGSAW

2) KRITIKAN TERBUKA

3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

KAEDAH JIGSAW

· Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

· Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

· Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA

· Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).

· Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.

· Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

· Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:

1)Intonasi dan kejelasan suara,

2)Keyakinan diri di khalayak ramai,

3)Kelancaran bahasa,

4) Penampilan,

5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

· Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

· Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.

· Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK)

· Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.

· Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

· Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.

· Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

BROSUR :

- Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu

GRED

KRITERIA

LEMAH (0-5)

SEDERHANA (6-8)

CEMERLANG (9-10)

FUNGSI

Reka bentuk dan paparan yang salah.

Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.

Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

TATABAHASA

Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.

Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.

Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas, dan tidak mengandungi kesalahan.

ILUSTRASI

Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.

Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

KREATIVITI DAN KEASLIAN

Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).

Mempunyai kekreatifan dan keaslian.

Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

POWER POINT

· Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.

· Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.

· Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.

· Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif

• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

Melalui pembentangan isi

· Topik yang disampaikan

· Idea

· Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai dengan audiens

· Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

Cara penyampaian kepada audiens

· Berkeyakinan

· Tidak membaca paparan sepenuhnya

· Memahami topik yang dibincangkan

· Dapat memahami kemahuan audiens

· Sesuai dengan golongan sasar

· Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif

· Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

Aspek Penilaian Adalah Seperti Berikut

  1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
  2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
  3. Ketepatan isi kandungan
  4. Kelengkapan laporan
  5. Cara penyampaian maklumat
  6. Keistimewaan persembahan
  7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
  8. Masa terhad untuk persembahan.

RISALAH

  • Persembahan yang menarik
    • Pemilihan isi yang menarik
    • Topik yang menarik
    • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
    • Ringkas dan padat
    • Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
    • Menarik perhatian
    • Rekaan yang sesuai
    • Mengetahui golongan sasar yang difokus.

HALAMAN SESAWANG : WEB

  • Persembahan rekaan
    • Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
    • Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
    • Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
    • Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
    • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
    • Mempunyai maklumat tambahan
    • Mempunyai jaringan yang luas



BLOGGER BAHASA

TRIVIA BAHASA

widgeo

About Me

My photo
Pelatih guru di IPGM Kampus Gaya. Opsyen PISMP BM semester 2.Blog ini khas untuk subjek PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. sesiapa yang ingin mengambil nota Pentaksiran ini, silakan ambil. Sesungguhnya ilmu itu harus dikongsi...hehehehehehe. MINGGU = INTERAKSI

Labels

Search This Blog

Followers